Bengkel Penerapan Kesenian Dalam Pdpc

Suatu bengkel penerapan kesenian dalam PdPC telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah pada 07.10.2018 pada pukul 2.00 petang. Pensyarah dari IPSAH En: Ananthan A/L Nagu telah mengendalikan bengkel tersebut.

En.Ananthan telah memberikan penjelesan tentang kesenian secara menyeluruh kepada semua guru yang menyertai bengkel tersebut. Selepas itu beliau telah menjalankan aktiviti kumpulan untuk sebagai ‘brainstorming’.


Selepas itu, beliau telah mengajar bagaimana merekabentuk ciptaan yang terdiri daripada campuran dua jenis bahan kimia. Beliau telah mengagihkan kepada kumpulan dan meminta semua guru mewarna dan mencorak apabila dibentuk. Para guru telah mengambil bahagian dengan aktif. En.Ananthan telah memberitahu tentang kegunaan kesenian merekabentuk dalam PdPC alaf 21.

Akhirnya, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri bengkel tersebut. Cenderahati telah diberikan kepada beliau sebagai tanda penghargaan sebelum mengakhiri bengkel tersebut.

Submit a Comment