Hal Ehwal Murid
Deskripsi TugasUnit Hal Ehwal Murid merupakan satu unit di Sekolah yang bertanggungjawab mengendalikan kebajikan murid-murid sekolah.
DESKRIPSI TUGAS
HAL EHWAL MURID
2022-2023
1. JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS
Deskripsi Tugas
- Menentukan penerapan amalan -amalan dan nilai -nilai murni
- Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
- Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
- Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid (SSDM)
- Menyelaras perlantikan dan tugas-tugas pengawas.
2. JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Deskripsi Tugas
- Menyediakan dan mengelolakan program orientasi
- Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan
- Mengelola dan mengurus bilik Bimbingan dan Kaunseling
- Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar
- Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan
- Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah / Program PPDa
3. JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Dekripsi Tugas
- Menguruskan keceriaan Bilik BOSS
- Menguruskan pengedaran / pengagihan buku
- Membuat pesanan buku yang berikutnya
- Mengurus rekod dan dokumen
- Mengurus keselamatan buku / operasi buku teks
- Mengurus pemulangan buku
- Mengurus stok dan inventori
- Mengurus pelupusan buku
4. JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
Deskripsi Tugas
- Mengawasi murid ketika makan
- Memastikan pengusaha RMT mematuhi menu yang ditetapkan
- Memastikan mutu makanan yang disediakan sentiasa bersih
- Membuat laporan mingguan di dalam buku laporan
- Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan dengan RMT/PSS
- Membuat pemilihan murid untuk RMT dan PSS
5. JAWATANKUASA KANTIN
Deskripsi Tugas
- Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.
- Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
- Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan.
- Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sekolah sentiasa bersih, kemas dan ceria.
- Memastikan pekerja kantin menjalani pemeriksaan kesihatan.
- Memastikan pekerja kantin sentiasa memakai apron / tutup kepala sarung tangan yang bersih dan kemas.
- Membuat laporan mingguan di dalam buku laporan kantin.
6. JAWATANKUASA KEBAJIKAN
Deskripsi Tugas
- Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan.
- Mengenalpasti sesiapa yang memerlukan bantuan kebajikan.
- Menyediakan borang permohonan, mengumpul dan membuat keputusan melalui mesyuarat.
- Menguruskan semua derma dan bantuan dalam/luar dari masa ke masa.
- Mengenalpasti badan kebajikan/individu/peristiwa malapetaka yang memerlukan bantuan kewangan/benda.
7. JAWATANKUASA LAWATAN
Deskripsi Tugas
- Menganjurkan lawatan ke tempat-tempat yang yang sesuai dan berfaedah kepada murid.
- Mengurus dan memastikan program lawatan berjalan dengan lancar.
- Memastikan prosedur-prosedur lawatan dipatuhi.
- Mengawasi keselamatan dan keselesaan murid semasa lawatan.
8. JAWATANKUASA BILIK GURU
Deskripsi Tugas
- Bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan Bilik Guru
9. JAWATANKUASA BUKU DAFTAR MURID DAN JADUAL KEDATANGAN MURID
Deskripsi tugas
- Menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru.
- Mengemaskini nombor pendaftaran kemasukan sekolah murid
- Menanda kehadiran murid sekiranya guru kelas tidak hadir
- Melengkapkan data bulanan e-borang murid ponteng.
10. TUGAS-TUGAS KHAS
- a) JAWATANKUASA KWAPM
Deskripsi Tugas
- Menguruskan pengedaran dan pengumpulan borang permohonan yang berkaitan.
- Membuat penilaian dan pemilihan murid yang layak menerima KWAPM mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Merekodkan maklumat / data yang perlu dihantar ke PPD / JPN / KPM mengikut keperluan semas
- b) JAWATANKUASA DATA HEM
Deskripsi Tugas
- Mengedar borang BMM / SMM kepada pelajar pada awal tahun.
- Mengemaskini data SMM untuk dihantar ke PPD/ JPN / KPM
- Menyenaraikan nama dan data murid yang layak KWAPM dan RMT.
- c) JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI
Deskripsi Tugas
- Merancang dan mengurus Hari Pendaftaran murid tahun 1
- Menggubal Solan untuk penjurusan kelas
- Merancang dan melaksanakan Program Transisi
11. JAWATANKUASA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)
Deskripsi Tugas
- Merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan dengan KPJ
- Menyedia dan menghantar pelaporan ke PPD/JPN/KPM
- Menjadi Rakan Cop
12. JAWATANKUASA PERHIMPUNAN SEKOLAH
ATUR CARA PERHIMPUNAN SEKOLAH
- Bacaan Doa
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Ikrar Murid
- Ucapan Guru Bertugas
- Persembahan Murid
- Ucapan Dan Nasihat Guru Disiplin (Jika ada)
- Ucapan Penolong Kanan (Jika ada)
- Ucapan Tuan Guru Besar
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Nyanyian Lagu Negeri Kedah