Dialog prestasi percubaan UPSR 2018 telah dijalankan di Bilik Guru Besar pada 03.09.2018 pada pukul 2.00 petang.
Dalam dialog prestasi tersebut, Penolong Kanan 1 telah memberikan ucapan beliau terlebih dahulu mengenai pencapaian prestasi percubaan UPSR 2018. Selepas itu semua guru mata pelajaran tahun 6 telah membentangkan prestasi keseluruhan mata pelajaran masing-masing. (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Matematik dan Sains). Semua guru mata pelajaran yang terlibat telah memberitahu tentang isu bagi setiap mata pelajaran dan Intervensi yang akan dilakukan untuk setiap murid sebelum menjelang peperiksaan UPSR. Selepas itu, setiap guru memberikan pendapat masing–masing tentang pencapaian kelas yang diajar.
Akhirnya, PK Pentadbiran telah menyatakan semua guru mata pelajaran bekerjasama dalam meningkatkan prestasi markah sekolah dalam peperiksaan UPSR. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri sesi dialog prestasi percubaan UPSR 2018.
Recent Comments