Kokurikulum
Carta OrganisasiUnit Kokurikulum di Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid yang sihat dari segi tubuh badan, mental dan fizikal
GARIS PANDUAN, PERATURAN PERLEMBAGAAN GERAKERJA KOKURIKULUM
- Keahlian
- Semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) dikehendaki menjadi ahli salah satu aktiviti kokurikulum dalam setiap bahagian yang dinyatakan seperti berikut:
I Persatuan/kelab
II Permainan
III Pasukan Beruniform
- Murid tidak dibenarkan menukar keahlian setelah menyertai aktiviti kokurikulum tersebut.
- Kehadiran
- Murid mesti hadir pada waktu dan masa yang ditetapkan di dalam jadual kokurikulum
- Murid mesti membawa bersama Buku Pelaporan Penilaian Aktiviti KoKurikulum untuk ditandatangani oleh Guru Penasihat.
- Guru Penasihat dikehendaki merekodkan kehadiran murid di dalam rekod kehadiran
- Ketidakhadiran murid perlu direkodkan
- Murid juga dikira hadir sekiranya mempunyai pengesahan doktor dan kebenaran bertulis daripada Guru Besar.
- Pakaian
- Murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum sama ada di dalam atau di luar sekolah hendaklah berpakaian seragam sekolah atau berpakaian PJ sekolah atau baju T rumah sukan dengan trek bottom sekolah.
- Murid mesti memakai kasut sekolah dengan pakaian uniform atau kasut sukan dengan pakaian PJ/ Baju T-Shirt rumah sukan
- Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah.
- Perjalanan aktiviti kokurikulum
- Setiap unit beruniform/persatuan/kelab/permainan/sukan perlu mempunyai visi, matlamat, carta organisasi, takwim aktiviti dan pelaksanaan aktiviti harian/mingguan/bulanan
- Semua aktiviti mesti dijalankan seperti mana dijadualkan. Guru Penasihat tidak dibenarkan membatalkan atau menangguhkan aktiviti tanpa kebenaran Guru Besar.
- Guru Penasihat mesti hadir bersama-sama ahli di tempat aktiviti dijalankan.
- Guru Penasihat dikehendaki menandatangani kehadiran di buku Laporan Kokurikulum .
- Buku laporan kokurikulum yang lengkap mesti dihantar kepada PK Kokurikulum sehari selepas aktiviti dijalankan.
- Sijil
- Guru Penasihat perlu memberi sijil kepada ahli mengikut penyertaan murid dalam aktiviti sekolah/zon/daerah/negeri/ kebangsaan dan antarabangsa
- Sijil juga diberikan kepada ahli yang menjawat jawatan penting seperti Pengerusi/ Penolong Pengerusi/Setiausaha/Penolong Setiausaha/ Bendahari dan sebagainya
- Guru Penasihat perlu menyediakan senarai nama penerima sijil , nama aktiviti, masa dan tarikh yang lengkap sebelum diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah dan disahkan oleh Guru Besar
- Jadual aktiviti
RABU – Setiap minggu dari jam 1.45 PM hingga 3.45 PM
7. Tempat aktiviti
Unit Beruniform
- TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH – 1 SATHANAI
- PBSM – 6 SATHANAI
- PENGAKAP – 2 SATHANAI
Persatuan / Kelab
- BAHASA TAMIL – 6 SATHANAI
- BAHASA MELAYU – 6 VETRI
- BAHASA INGGERIS – 3 SATHANAI
- SAINS DAN MATEMATIK – 2 SATHANAI
- KELAB DOKTOR MUDA – MAKMAL SAINS
- KELAB RUKUN NEGARA – 1 SATHANAI
- KELAB ICT – BILIK ICT
Sukan / Permainan
- BOLA SEPAK – PADANG SEKOLAH (A)
- BOLA JARING – PADANG SEKOLAH (B)
- OLAHRAGA – PADANG SEKOLAH (A)
- HOKI – PADANG SEKOLAH (B)
- DAM & CATUR – BILIK DARJAH TAHUN 6S
- Kemudahan dan Peralatan
- Segala kemudahan dan peralatan sekolah hendaklah digunakan dan dijaga dengan baik.
- Segala peralatan seperti meja , kerusi, skitel, bola dan sebagainya yang telah digunakan mesti dihantar balik ke tempat asalnya.
- Setiap pembelian alatan perlulah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Penolong Kanan KoKurikulum dan mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar
- Setiap kehilangan/kerosakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah.
- Disiplin dan Keselamatan
- Guru Penasihat bertanggungjawab penuh diatas semua aspek displin dan keselamatan ahli masing-masing.
- Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil ialah memberi arahan jelas dan tepat, menggunakan wisel untuk mengawal pergerakan murid,menyediaan Kotak ‘First Aids’ dan murid-murid diminta pulang selepas aktviti tamat
- Guru Penasihat perlu memaklumkan setiap kemalangan/kecederaan yang berlaku ke atas ahli kepada pihak sekolah dan mengambil langkah-langakah rawatan awal yang sesuai.
- Kewangan
- Semua pungutan wang dari ahli-ahli mestilah dengan kebenaran Guru Besar
- Semua pungutan wang dan perbelanjaan mesti direkodkan.
- Rekod kewangan yang lengkap perlu diserahkan bersama laporan tahunan.
- Lawatan/aktiviti di luar sekolah.
- Guru Penasihat yang merancang lawatan/aktiviti di luar sekolah mesti mendapat kebenaran Guru Besar dan mengisi Borang Peraturan-Peraturan Pelancongan Sekolah 6 minggu sebelum tarikh lawatan.
- Penglibatan murid dalam aktiviti diluar kawasan sekolah mesti dengan kebenaran bertulis darpada ibu/bapa dan penjaga.
- Guru Penasihat bertanggungjawab sepenuhnya di atas murid sehingga mereka sampai ke sekolah / rumah dengan selamat.