Sambutan Hari Jadi-JanFeb

Majlis harijadi telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di tapak perhimpunan. Majlis ini merupakan sambutan harijadi yang pertama diadakan pada tahun ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid –murid dalam satu suasana majlis yang ceria dan meriah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari jadi , meniup lilin dan memotong kek hari jadi. Murid- murid dijamu selera dengan kek.Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Guru Besar ,Guru PK1, Guru PK HEM, Guru PK KO dan guru-guru akademik . Selain itu ia turut memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka sangat berharga serta menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam diri mereka.

Majlis harijadi ini mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan kepada murid- murid . Secara tidak langsung pengalaman bermakna itu dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan sosioemosi, menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif sebagai murid – murid yang berjaya dalam pangajaran dan pembelajaran .

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *