Merentas Desa Peringkat Sekolah

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah adalah salah satu acara tahunan yang dijalankan sebagai platform kepada murid untuk menunjukkan bakat dalam bidang olahraga. Kejohanan ini memupuk semangat berjuang dalam kalangan semua atlet untuk menjadi juara .Setiap tahun STLV berjaya menghasilkan pelari merentas desa yang kompetitif serta berupaya mewakili daerah Kulim/Bandar Baharu.

Kehadiran dan penglibatan
Semua warga STLV telah bekerjasama untuk memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid telah turut serta berlari sepanjang laluan yang ditetapkan . Para guru juga menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan penuh bertanggungjawab. Tuan Guru Besar sekolah, Encik G.Soundrapandian bersama barisan AJK PIBG turun ke padang untuk melepaskan para peserta di garis permulaan.

Kekuatan
Komitmen yang maksimum daripada semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan kejohanan merentas desa sekolah pada kali ini. Para pelajar begitu semangat menyertai kejohanan ini. Ini adalah ciri – ciri positif yang menjayakan kejohanan ini.

Kelemahan
Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ia tidak mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Walaupun begitu, mereka tetap berusaha untuk membuat tugas mereka dalam kadar yang optimum.

Penutup
Pada keseluruhannya, kejohanan ini telah berjalan lancar sepanjang acara ini. Diharapkan agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa akan datang.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *