Pendaftaran Murid Tahun 1 – 2019

Pada 30 Disember 2018, SJK ( T ) Ladang Victoria telah mengadakan hari pendaftaran bagi murid-murid Tahun 1. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Dalam majlis tersebut, satu taklimat telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa murid-murid Tahun 1 tentang sesi persekolahan yang akan dijalankan. Seramai 12 orang murid telah mendaftar bagi sesi
prsekolahan tahun 2019.

Setelah selesai sesi taklimat, majlis diteruskan dengan bayaran perbelanjaan persekolahan 2019 serta pembelian buku latihan murid-murid Tahun 1. Ibu bapa juga diminta mengisi borang maklumat murid yang diedarkan oleh guru kelas.

Selain itu, ibu bapa diminta membawa bersama beberapa dokumen seperti kad suntikan kanak-kanak, surat kelulusan penempatan, salinan surat beranak, gambar berukuran passport dan borang maklumat murid yang telah siap diisi untuk diberi kepada guru kelas Tahun 1

Disamping itu , taklimat berkaitan tentang Semakan KSSR , PBS , PAJSK dan bahagian HEM juga telah diberikan oleh barisan pentadbir sekolah kepada para ibu bapa yang hadir pada hari tersebut.

Secara keseluruhannya, hari pendaftaran murid tahun 1 ini berjalan dengan lancar. Ramai ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.

 

 

Submit a Comment