Perasmian Bulan Pencegahan Dadah

Pada 24.2.2019 bersamaan hari Ahad, pelancaran Program Pencegahan Dadah (PPDa) telah diadakan di SJKT Ladang Victoria. Pelancaran ini berlangsung di tapak perhimpunan. Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 telah terlibat dalam program PPDa. Tujuan pelancaran Program Pencegahan Dadah (PPDa) adalah untuk memberikan pengetahun , kesedaran dan keinsafan kepada murid,guru,ibu bapa dan warga sekolah agar menjauhi diri daripada ancaman dadah.

Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid telah berkumpul di tapak perhimpunan. Setelah murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, penyelaras PPDa telah memilih beberapa orang murid untuk memegang picagari, rokok dan bahan buatan pil estacy untuk menerangkan keburukkan pengambilan dadah dan rokok. Penyelaras PPDa telah menyampaikan ‘Mesej 5 minit PPDa’ kepada semua warga sekolah di tapak perhimpunan. Beliau menyatakan tentang jenis-jenis dadah dan kesan pengambilan dadah.

Selepas itu, Guru Besar,En.G.Saunderpandian telah menasihati murid-murid supaya menghindari diri daripada gejala sosial seperti mengisap rokok dan pengambilan dadah. Beliau menyatakan kesan buruk pengambilan dadah kepada murid-murid . Ini akan menjejaskan masa depan mereka. Kemudian, beliau telah melancarkan Program Pencegahan Dadah PPDa di tapak perhimpunan. Beberapa orang murid membuang rokok, picagari dan bahan buatan pil-pil ke dalam pasu sebagai tanda hapuskan dadah. Guru Besar telah membakar bahan-bahan tersebut sambil menerangkan kesan pengambilan dadah.

Kemudian, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,Puan A.Tamilmathi telah mengadakan sesi kuiz PPDa kepada murid-murid. Beliau bertanya beberapa soalan yang berkaitan dadah dan menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang dapat menjawab dengan betul.

Penyelaras PPDa meminta murid untuk melukis poster yang berkaitan dengan dadah. Program ini telah menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi dadah. Murid -murid yang terlibat dalam program ini telah mendapat ilmu tentang gejala-gejala negatif yang menjejaskan masa depan mereka.

Akhir sekali, Program Pencegahan Dadah PPDa telah memberikan impak yang positif
kepada semua murid. Murid-murid perlu bergiat aktif dalalm kelab ini supaya tidak
terjerumus dalam gejala negatif pada masa akan datang.

Submit a Comment