Kurikulum

Takwim Kurikulum

Dalam pendidikan formal, kurikulum merupakan set kursus yand patut dikuasai kandungannya oleh murid-murid.  Ditawarkan di setiap sekolah atau institusi pendidikan kerajaan dan swasta.

Kenali Kurikulum

Prakata oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran.

Sistem pendidikan di Malaysia kian berubah mengikut kehendak semasa sejak kebelakangan ini. Transformasi Sekolah TS25 menuntut kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan wawasan dalam pendidikan negara PPPM 2013-2025 dan merealisasikan Aspirasi TN2050 yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia menzahirkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia serta menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Bagi menyahut cabaran ini, sekolah haruslah bersedia untuk menjayakan setiap perancangan kerajaan demi kemajuan pendidikan di Malaysia. Merujuk kepada pendapat seorang pengkaji yang bernama Morrison, K.Hopkins, D. Smith menjelaskan bahawa sekolah yang berjaya boleh menjadi satu instrumen dalam merealisasikan kegemilangan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, kerajaan telah menyatakan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Justeru, TS25 digubal bagi memacu pendidikan bergerak begitu pantas. Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengadakan pelbagai perubahan yang perlu bagi membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat, menubuhkan sekolah Bestari dan menganjurkan berbagai program. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara. 2018 merupakan tahun yang agak mencabar kerana ciri-ciri PAK21  wajib diadunkan dalam setiap perancangan dan pelaksanaan di sekolah. Keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya komimen semua warga amat diperlukan. Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai peningkatan yang baik dalam kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah. Penerapan elemen-elemen PAK21 diharap akan merangsang pdpc dan akan melahirkan modal insan yang berdaya saing di peringkat global.

Intipati Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang yang merangkumi aspek  Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek  (JERI) haruslah difahami dan dihadam oleh setiap warga pendidik dan yang berintikan yang mahukan setiap murid didik secara holistik dan menjadi insan yang sempurna.  Bagi merealisasikan agenda ini, setiap guru harus berganding bahu dan melibatkan diri sepenuh jiwa dan raga sejajar dengan moto PPDKBB, yakni SMART.

’PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG’
’KEDAH AMAN MAKMUR-BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI’

Saya yang menurut perintah,

Pn.A.Tamil mathi
PK Pentadbiran,
SJK(T) LADANG VICTORIA

Murid

GURU

Tahun

Staff

Get School News & Updates

Get Latest School News & Updates directly to your mail.

Subscribe