ABOUT
Sejarah SekolahSekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Victoria (KBD 5047) merupakan sekolah bantuan modal yang terletak di kawasan luar bandar di dalam daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman




KBD 5047
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Ladang Victoria
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Victoria (KBD 5047) merupakan sekolah bantuan modal yang terletak di kawasan luar bandar di dalam daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Sesi pembelajaran dijalankan pada waktu pagi sahaja. Pengurusan sekolah ditadbir oleh Guru Besar, En.S.P.Karthigasu BKM, PJK dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn.A.Tamil Mathi, Penolong Kanan HEM, En.S.Magesvaran dan Penolong Kanan Kokurikulum, En.M.Nadarajan.
Reka Keseluruhan kakitangan sekolah berjumlah dua puluh dua (22) orang iaitu seramai sembilan belas (19) orang guru akademik satu (1) orang guru tadika dan dua (2) orang staf sokongan. Terdapat tujuh (7) kelas iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan murid – murid di sekolah ini berjumlah (176) orang. Moto sekolah ialah ’Cemerlang Victoria’ . Sekolah boleh dihubungi melalui telefon (011-65735277), dan emel sekolah (KBD5047@moe.edu.my).
Terdapat lapan (8) buah blok bangunan di sekolah ini. Bangunan terawal (Blok A) dibina oleh JKR (no. 1481) pada tahun 1947 yang mempunyai tiga (3) buah bilik darjah. Bangunan kedua (Blok B) dibina pada tahun 1960 oleh JKR (No. 1495) dan mempunyai tiga (3) buah bilik darjah. Bangunan ketiga (Blok C) dibina pada tahun 1978 oleh JKR (No. 1496) juga mempunyai tiga (3) buah bilik darjah. Bangunan keempat (Blok D) dibina pada tahun 1978 oleh JKR (No. 1496) iaitu sebuah ”Tuck Shop” (Kantin). Bangunan kelima (Blok E) dibina pada tahun 1991 oleh JKR (no. E KP/BM 101) yang mempunyai enam (6) buah bilik, bangunan keenam (Blok F) pada tahun 1992 (No. JKR KP/BM 102), bangunan ketujuh (Blok G) dibina pada tahun 1995 oleh pihak PIBG sekolah, dan bangunan kelapan dibina pada tahun 2009 (No. JKR 2479(P)) yang mempunyai enam (6) buah bilik darjah. Bangunan Blok A dan B telah dirobohkan kerana faktor usang dan dimakan anai – anai. Keadaan bangunan lain memuaskan, tetapi penyelenggaraan perlu dibuat seperti bumbung, siling, ’partition’, lantai dan longkang.
Pemilik tapak sekolah ini ialah Ladang Sime Darby. Antara bantuan yang pernah diterima oleh sekolah ini ialah bantuan modal sebanyak RM 60,000.00 untuk membina sebuah Pusat Sumber. Pada tahun 2002, bantuan modal sebanyak RM 10,000.00 telah diterima untuk mengubah suai tandas sekolah. Bangunan tambahan (Blok H) telah dibina pada tahun 2009 dengan harga RM 489,862.65 .Terdapat enam (6) bilik kelas murid, stor, tandas staf dan tandas murid lelaki dan perempuan.
Sebelum tahun 2009, kebanyakan bangunan dibina hasil usaha pihak PIBG sekolah dan sumbangan orang awam. Selepas itu, sekolah mula mendapat bantuan daripada pihak kerajaan dengan membina bangunan satu (1) tingkat. Bangunan baru tiga (3) tingkat akan dibina pada masa hadapan menggantikan dua (2) Blok bangunan A dan B yang telah dirobohkan. Kini, pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik – bilik darjah untuk mata pelajaran Raka Bentuk & Teknologi , Muzik, SAL, Seni Visual, Bilik BOS, Stor sukan, Bilik LINUS, Pemulihan, ”Indoor Game”, Kafetaria dan tadika. Selain itu, bilik untuk makmal komputer juga tidak ada. Sekolah telah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan tiga puluh lima (35) unit komputer riba untuk kegunaan murid – murid sekolah ini.
Padang permainan sekolah ini adalah kepunyaan Pihak Pengurusan Ladang Victoria yang mempunyai keluasan 1200 meter persegi. No. Lot dan Mukim tapak sekolah ini No. 485, Mukim Sidam Kanan. Kemudahan bekalan air dan elektrik turut disediakan di sekolah ini. Keseluruhan kawasan sekolah ini dikelilingi oleh pagar yang baik. Pada tahun 2011, pihak sekolah telah memohon untuk mendapatkan hak milik tanah tapak sekolah daripada Pihak Sime Darby. Sekolah ini mempunyai potensi untuk maju dan lebih cemerlang pada masa akan datang. Guru Besar – guru besar yang pernah bertugas di sekolah ini adalah seperti berikut : –
1992 – En. Thanimalai
- 1996 – En. A. Krishnan
- 1998 – En. Gopalan
- 2000 – En. Punivan
- 2003 – Pn. Yawanarani
- 2004 – Pn. Tanapakiam
- 2008 – Pn. V. Kamalavalli
- 2014 – En. D. Asokumar
- 2020 – En. G. Soundrapandian (Sehingga Mei 2020)
- 2020 – Pn.P.Selvi (Jun 2020 hingga March 2022)
- 2022 – En.S.P.Karthigasu BKM, PJK (March 2022 hingga sekarang) Tapak sekolah ini berada pada kedudukan yang strategik, iaitu berdekatan dengan Pekan Padang Serai, Sungai Karangan dan Bandar Sungai Petani. Selain itu, sekolah menengah kebangsaan juga terletak berhampiran iaitu Sek. Men. Keb. Padang Serai dan Sek. Men. Keb. Sungai Karangan. Lembaga Pengelola sekolah juga telah diwujudkan di sekolah ini yang dipengerusikan oleh En. Duraisingam a/L Muthu. Sekolah ini turut mendapat bantuan penyelenggaraan seperti tandas, bumbung, kantin dan sebagainya. Kebanyakan prasarana di sekolah ini perlu diselenggara kerana faktor usia dan juga masalah anai – anai. Kemudahan yang baik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid – murid dengan lebih baik.
Pada bulan Disember tahun 2015, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan bantuan penyelenggaraan kecil bangunan sekolah sebanyak RM 100,000.00. Kerja – kerja penyelenggaraan kecil telah dilakukan pada bulan Julai tahun 2016. Penyelenggaraan kecil bangunan ini melibatkan tandas di blok bangunan Blok H, bilik makmal sains, pusat sumber dan juga tandas guru. Kerja – kerja penyelenggaraan yang dibuat adalah seperti menukar bumbung baru, pendawaian elektrik di bangunan yang terlibat, pengubahsuaian kecil struktur bangunan iaitu menambah bilangan cermin di bilik makmal sains, pusat sumber, menukar dan membaiki pintru – pintu bilik yang rosak dan lain – lain lagi.
Selain itu, pihak sekolah juga turut mendapat bantuan penyelenggaraan lain sebanyak RM 150,000.00 daripada pihak KPM. Bantuan ini telah disalurkan ke akaun Lembaga Pengelola Sekolah. Pihak LPS bertanggungjawab membuat lain – lain penyelenggaraan yang diperlukan oleh pihak sekolah.