Pada 8 Februari 2018 bersamaan hari Khamis , Unit Korikulum SJK(T) Ladang Victoria telah mengadakan Taklimat Bengkel Penyediaan Kertas Soalan. Semua guru telah mengambil bahagian dalam taklimat ini.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi imput kepada para guru untuk menyediakan kertas soalan ujian siri . Penolong Kanan Pentadbiran En.Sooria Moorthi telah memberi taklimat ini. Beliau meminta para guru menyediakan kertas soalan berdasarkan JSU yang telah ditetapkan.
Kertas soalan juga perlu disediakan mengikut nisbah 5:3:2 iaitu 50% soalan aras rendah, 30% aras sederhana dan 20% aras tinggi. Selain itu, beliau juga meminta Kertas soalan yang dibina perlu merangkumi soalan KBAT mengikut aras iaitu aras rendah, sederhana dan tinggi. . Font yang ditetapkan adalah Comic Sans dan saiz 14 bagi murid Tahap 1 dan saiz 12 bagi murid Tahap 2.
Seterusnya, beliau memberitahu bahawa, semua guru perlu merujuk buku teks untuk menyediakan soalan. Mereka juga boleh menggunakan bahan rangsangan atau teks bacaan yang terdapat dalam buku teks sebagai bahan untuk menyediakan soalan. Oleh itu, penggunaan buku teks secara maksimum akan diimplimenkan dalam penyediaan soalan bagi tahun ini.
Guru Besar telah meminta guru-guru meneliti lebih mendalam kertas soalan Saringan LINUS dan Kertas UPSR sebenar untuk mengetahui persamaan dan perbezaan sebelum membina kertas soalan untuk menyediakan kertas soalan yang berkualiti serta bersesuaian dengan tahap murid supaya dapat mengukur pencapaian murid .
Bengkel penyediaan kertas soalan ujian siri 1 telah diadakan pada 12/2/2018 hingga 14/2/2018 pada jam 1.45 petang hingga 3.45 petang di bilik Guru Besar. Guru-guru matapelajaran subjek BM,BI,BT,MT dan Sains menyediakan soalan dengan bantuan oleh Ketua Panitia setiap subjek. Setelah disemak, Ketua Panitia perlu meminta guru-guru subjek untuk membuat pembetulan dan serahkan kembali pada 28.02.2018. Kertas soalan yang telah disemak akan diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk diperbanyakkan.
Kesimpulannya , taklimat ini memberi manfaat kepada para pendidik dalam menyediakan set kertas soalan ujian yang berkualiti supaya dapat menguji tahap penguasaan murid dalam setiap subjek dengan jitu.
Recent Comments