Pada 27 Februari 2018 bersamaan hari Selasa, pegawai dari UNICLIQ Encik Shahrull Idham Radzuan telah mengadakan Taklimat Peningkatan Penggunaan Virtual Learning Environment(VLE) Frog. Semua guru dan murid tahap 2 telah mengambil bahagian dalam taklimat ini.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para guru dan murid tentang kepentingan penggunaan VLE dalam PdPc. Encik Shahrull telah menjalankan dua slot yang berasingan iaitu bagi murid dan juga guru.
En.Shahrull telah berkongsi apps yang terdapat dalam Frog Store dan Frog Play dan bagaimana cara untuk menggunakannya. Selain itu, beliau juga telah berkongsi cara untuk mengakses permainan dalam Frog Play.
Seterusnya , beliau telah mengadakan taklimat untuk guru-guru. Beliau berkongsi harapan KPM dan hasrat Menteri Pendidikan tentang penggunaan VLE di sekolah. Encik Shahrull menerangkan tentang komponen baharu yang telah diperkenalkan oleh YTL dalam Frog. Komponen baharu yang ini amat berguna untuk memberi kuiz kepada murid dan juga dapat menyediakan site untuk sesi PdPc. Beliau menunjukkan cara bagaimana untuk mencari dan menggunakan bahan yang dikongsi oleh guru-guru lain.
Kesimpulannya , taklimat ini memberi manfaat kepada para pendidik dan murid tentang cara penggunaan dan komponen baharu dalam VLE Frog.
Recent Comments